Wednesday 31 July 2013

SALAM UKHWAH

Assalamualaikum w.b.t
 
 
Selamat bertemu di alam dunia blog. Saya hadir sebagai insan kerdil untuk memeriahkan dunia siber. Semoga apa yang saya akan paparkan dalam catatan saya seterusnya akan dapat memberi manfaat yang berguna kepada kita semua. Mudah-mudahan saya diberi Allah akal dan ilham yang sempurna untuk menggendalikan blog ini.
 
Kita sebagai makhluk ciptaan Allah s.w.t akan berdepan dengan apa yang kita lakukan di dunia ini iaitu di mahkamah Allah di Padang Masyar nanti. Justeru, saya mengingatkan diri saya sendiri supaya tidak menjadikan blog ini untuk menabur fitnah, melakukan onar, dan menghasut kepada kejahatan melainkan dengan niat untuk kembali kepada-Nya dengan sebaik-baik insan.
 
 
Berbakti kepada manusia belum tentu mendapat penghargaan
namun
Berbakti kepada Allah sudah pasti menjulang kebahagian dunia akhirat....
 
 
Wabillahitaufik...wassalamualaikum w.b.t.